Khamis, 9 November 2017

Allah masih menguji saya.......

Kali terakhir saya ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM/PPUKM-atau HUKM) ialah pada 7 November untuk bertemu doktor pakar bagi rawatan susulan selepas pembedahan terakhir pada Januari 2017. Terus terang saya ingin katakan kepada pengikut blog ini tahap Buah Pinggang saya berada pada peringkat empat (4).

Keputusan ini telah saya perolehi sudah lama bukan pada 7 November. Sebelum ini seorang  doktor berbangsa India juga membuat kiraan saya telah berada pada tahap empat. Inilah kenyataan yang wajib saya terima. Inilah kenyataan yang harus saya beritahu kepada keluarga. Akhirnya hari ini saya ingin memberitahu kepada pembaca yang sering mengikuti blog ini.

Saya keciwa? Oh tidak.....saya tidak keciwa dan lemah semangat. Saya masih boleh bangun dan meneruskan kerjaya sebagai Jurufoto di UKM hingga April 2018! Kenapa saya harus keciwa, bukankah penyakit itu pemberian |Allah kepada saya. Allah tidak menghukum saya. Tetapi saya yakin Allah sayangkan saya dan hambanya. Saya bersyukur dengan anugerah penyakit ini membolehkan saya memohon ampun kepada-Nya. Saya masih mampu bertemu sesiapa saja untuk memohon ampun dan maaf.

Usah terkejut jika kalian yang bertemu dengan saya akan kelihatan saya masih sihat. Saya mampu tersenyum biar pun senyum itu kalian lihat agak tawar. Saya masih ingat bisikan kepada isteri tercinta "Biar abang mati sebagai Jurufoto".

Saya masih menerima tugasan biar ke mana sajak. Malah dalam keputusan doktor begitu saya yakin Allah masih boleh memulihkan Buah Pinggang ini. Saya yakin, Allah berkuasa untuk membuat apa saja. Jika saya mati sekali pun bukankah itu pemberian Allah yang maha besar. Bukankah kematian itu yang kita akan tempuhi?

Ingatlah janji Allah jika kita nak diberikan Rahmat-Nya pasti akan dapat. Saya pernah berdoa ketika di Madinah dan Mekah  pada tahun 2016 agar Allah memulihkan kesihatan saya. Ketika itu ada sebulan lagi saya akan dibedah untuk kali kedua pada tahun 2016, seminggu selepas Aidilfitri ❤ Proses pembedahan berjalan dengan lancar. Kali akhir ialah Januari 2017. Biar pun ketika sedar doktor berkata tekanan darah saya 190/ tak ingat.....Bayangkan andai lebih 200 mungkin saya tidak menulis catatan ini lagi.

Kira-kira lima bulan dari tarikh ini saya akan menyambut ulangtahun kelahiran 60 tahun. Saya berdoa agar tarikh 17 April 2018 sempat saya temui.

Syukur kepada Allah, Dia memberi Rahmat-Nya kepada saya untuk bangun setiap awal pagi mendirikan solat Tahajut, Taubat , Hajat dan Witir. Paling tidak dengan kesempatan ini saya berpeluang merayu kepada-Nya. Syukur Allah tetap memberi kekuatan kepada saya. Jika sesekali lemah semangat itu adalah biasa sebagai manusia yang sering diganggu oleh syaitan dan iblis.......

(bersambung)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Allah masih menguji saya.......

Kali terakhir saya ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM/PPUKM-atau HUKM) ialah pada 7 November untuk bertemu doktor pakar bagi rawatan ...