Selasa, 14 Februari 2017

Pembedahan kecil

Syukur Alhamdulillah kerana hari ini saya telah selamat menjalani pembedahan kecil mengeluarkan stand sepanjang 39cm atau 15.2 inci dari dalam saluran kencing ke saluran Buah Pinggang.

Prosesnya mudah dan mengambil masa yang pendek. Walaupun pernah dibuat pada Julai 2015 tetapi traumanya tetap ada. Mana tidaknya tiub dimasukkan menerusi saluran kencing yang sempit.

Prof Dr Praven mengambil tanggungjawab ini dengan dibantu oleh seorang nurse.


Stand yang bahannya dibuat dari getah yang bermutu itu dimasukkan sewaktu pembedahan pada 26 Januari 2017 lepas bertujuan membesarkan saluran kencing dan saluran Buah Pinggang agar sisa-sisa batu karang keluar ketika membuang aur kencing.

Syukur proses ini telah berjaya dan trauma saya telah reda.

Ahad, 5 Februari 2017

Teruskan kehidupan lupakan kesakitan dan jagalah kesihatan



Hari ini saya memulakan tugas seperti biasa setelah bercuti sakit sejak 19 Januari hingga 4 Februari 2017. Syukur Allah memberikan kembali tahap kesihatan yang baik walaupun masih lemah. Saya kena buang kemurungan yang tidak akan membawa faedah. Diri saya memerlukan saya. Keluarga, rakan-rakan dan masyarakat memerlukan saya.

Saya akan menamatkan catatan ini untuk setakat ini. Segala catatan akan menjadi memori dan panduan pada masa hadapan. Selain itu lihat juga beberapa catatan di bawah untuk panduan kita.

Jangan anggap tulisan saya untuk meraih simpati. Jadikan panduan bahawa semua diantara kita pasti akan menempuh kesakitan. Paling penting berubat tanpa melupakan Allah. Salam sayang daripada saya.


Ujian di bulan Ramadhan 1438

Pada 25 Mei 2017 ketika bertugas di majlis Hari Keselamatan Usus dan Hati anjuran Fakulti Perubatan UKM, saya telah membuat ujian tahap kesi...