Rabu, 7 Jun 2017

Ujian di bulan Ramadhan 1438

Pada 25 Mei 2017 ketika bertugas di majlis Hari Keselamatan Usus dan Hati anjuran Fakulti Perubatan UKM, saya telah membuat ujian tahap kesihatan hati. Selepas itu doktor memberitahu keputusan bahawa tahap kesihatan hati saya telah menurun. Doktor memberi surat lampiran untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Canselor Tuanku Jaafar.

6 Jun 2017 baru saya ada kesempatan membawa surat itu ke Klinik Peruabatan 1 untuk membuat temujanji. Jururawat memberitahu tunggu sehingga doktor pakar memberikan tarikh untuk pertemuan pertama.

Selasa, 14 Februari 2017

Pembedahan kecil

Syukur Alhamdulillah kerana hari ini saya telah selamat menjalani pembedahan kecil mengeluarkan stand sepanjang 39cm atau 15.2 inci dari dalam saluran kencing ke saluran Buah Pinggang.

Prosesnya mudah dan mengambil masa yang pendek. Walaupun pernah dibuat pada Julai 2015 tetapi traumanya tetap ada. Mana tidaknya tiub dimasukkan menerusi saluran kencing yang sempit.

Prof Dr Praven mengambil tanggungjawab ini dengan dibantu oleh seorang nurse.


Stand yang bahannya dibuat dari getah yang bermutu itu dimasukkan sewaktu pembedahan pada 26 Januari 2017 lepas bertujuan membesarkan saluran kencing dan saluran Buah Pinggang agar sisa-sisa batu karang keluar ketika membuang aur kencing.

Syukur proses ini telah berjaya dan trauma saya telah reda.

Ahad, 5 Februari 2017

Teruskan kehidupan lupakan kesakitan dan jagalah kesihatan



Hari ini saya memulakan tugas seperti biasa setelah bercuti sakit sejak 19 Januari hingga 4 Februari 2017. Syukur Allah memberikan kembali tahap kesihatan yang baik walaupun masih lemah. Saya kena buang kemurungan yang tidak akan membawa faedah. Diri saya memerlukan saya. Keluarga, rakan-rakan dan masyarakat memerlukan saya.

Saya akan menamatkan catatan ini untuk setakat ini. Segala catatan akan menjadi memori dan panduan pada masa hadapan. Selain itu lihat juga beberapa catatan di bawah untuk panduan kita.

Jangan anggap tulisan saya untuk meraih simpati. Jadikan panduan bahawa semua diantara kita pasti akan menempuh kesakitan. Paling penting berubat tanpa melupakan Allah. Salam sayang daripada saya.


Selasa, 24 Januari 2017

Di sini mungkin berakhir

24 Januari 2017:
Saya melangkah masuk ke wad 5D buat kali ketujuh. Resah hati saya buang di koridor wad. Kemesraan petugas wad 5D jelas seperti anak-anak menyambut kepulangan ayah!

Saya bergurau dengan petugas di kaunter jangan tempatkan saya di katil nombor ×€. Dia orang ketawa kerana faham maksud saya kerana malam Jumaat lepas ada seorang lelaki india telah meninggal pada jam 1 pagi.





Proses biasa dilakukan oleh petugas wad. Saya ditempatkan di katil 18 sebelah tingkap. Menarik pemandangan menghala ke Taman Midah.

Doktor memberitahu kuman masih ada namun mereka menunggu pakar kuman untuk redakan keadaan ini.

25 Januari: Jam 8.40 pagi kumpulan doktor pakar yang diketuai oleh Prof Preveen melawat ke katil saya. Saya diberitahu pagi esok akan dimasukkan Antibiotik sebelum pembedahan dilakukan.

26 Januari 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Syukur Allah memberi masa untuk bermunajat hingga jam 3....Jam 2 says sudah mulai berpuasa.


Jam 4.30 nurse membuat pemeriksaan pagi. Tiada demam. Tekanan darah normal. Gula 7.1, mungkin sebelum itu saya makan biskut...

Jam 5 pagi nurse mamasukkan antibiotik sekitar 200ml. Masalah aliran kurang baik mungkin cecairnya pekat.

Jam 11 pagi nama saya dipanggil untuk ke bilik bedah. 11.30 saya dibawa masuk ke Bilik Bedah 1 oleh dua orang doktor bius seorang Melayu seorang India.

Ketika itu mereka berbual tentang proses Viva. Mereka sebenarnya doktor yang sedang menyambung pengajian master di Fakulti Perubatan UKM. Mereka tidak tahu saya warga UKM yang faham intipati perbualan itu.

Sesampai dalam bilik bedah saya dipindahkan ke katil terakhir dengan peralatan pembedahan. Doktor India meletakkan corong Oksigen ke mulut dan hidung saya. Doktor wanita memasang alat tekanan darah. Doktor Rizal memberitahu proses menidurkan saya. Jika jarum yang ada tidak berfungsi untuk nyenyakkan saya beliau akan memindahkan ke tempat baru. Cemas juga saya.

Akhirnya saya tidak sedar.....Sesedar saya telah berada di bilik pemantauan. Saya nampak petugas bilik bedah dalam samar-samar.

Seorang petugas bertanya ada rasa muntah ke. Saya geleng kepala. Kemudian dia berkata kepada rakannya tekanan darah sudah turun sedikit berbanding sebelum 190!

Setelah stabil saya dibawa balik ke Wad 5D. Keadaan sejuk di bilik bedah hilang. Suhu di luar suam.

Petang sekumpulan doktor datang ke katil 18. Katanya batu karang sudah habis dikeluarkan. Kata doktor tiub kat saluran kencing dah boleh dikeluarkan. Esok balik (27 Januari).

Saya berbincang dengan nurse agar tiub itu dicabut keesokkan hari sebab saya kuatir pening nak masuk bilik air. Nurse bersetuju.

Malam saya tidur nyenyak dan bersolat dalam keadaan berbaring.....

Hari ini 30 Januari: Sudah empat hari saya tidak menyambung penulisan ini. FB dan Twitter saya menyepi.

Empat hari penuh dengan kelesuan paling tinggi. Pagi 27 Jan saya demam....37 +++ (tak ingat). Surat untuk keluar wad doktor dah siapkan. Ketika Suraya rakan sepejabat datang belum terasa demam.

Petang selepas balik bersolat Jumaat di Surau HCTM, saya merayu kepada doktor Iraq yang belajar di sini. Dia nak juga saya balik.

Pengalaman Julai 2016 mengajar saya jangan balik. Ketika sdra Firdaus dan ustaz Khairil Pegawai Hal Ehwal Islam HCTM datang ziarah dan kumpulan doktor pakar masuk melawat saya buat rayuan. Saya dibenarkan tinggal lagi di wad.

Selepas Maqrib badan saya menggigil. Suhu badan tinggi. Nurse minta saya mandi. Jangan pakai jeket. Jangan pakai stokin. Malam itu saya diberikan Prasetamol. Tidurlah saya dalam keadaan tidak selesa. Sakit saya tanggung sendirian.......

28 Januari: keadaan suhu badan semakin tinggi. Pernah mencecah 39.6. Sekitar jam 12 tengahmalam ketika saya hendak ke bilik air kelihatan di sebuah katil bernombor %€£ (rahsia) keluarga pesakit sedang mengelilinginya. Sedang nazak.

Selepas bersolat Isyak saya pergi ke katil itu dan meminta izin membacakan Yasin. Keadaan pesakit itu dalam sakaratul maut. Seperti orang lain yang pernah saya bantu pemergian mereka, saya berdoa agar dipermudahkan pemergiaan Ahmad Suhaimi. Saya tidur kembali setelah melakukan solat Tahajjut, Taubat, Hajat dan Witir. Maklumlah saya masih lemah.

Jam 5 pagi nurse memberitahu pesakit itu telah meninggal dunia. Arwah mengidap barah prosted.

Hari ini Sdra Ramli dan Kamarul bersama-sama isteri datang menziarah saya.







29 Januari: Oleh kerana saya demam doktor memindahkan saya ke katil 13.  Doktor pakar kuman datang membuat pemeriksaan. Tak lama selepas itu nurse memulakan suntikkan antibioatik lebih kurang 200ml.

Cuti panjang kerana Tahun Baru Cina membolehkan isteri dan puteri bongsu datang menziarahi saya. Si bongsu pula demam dah tiga tak dapat jumpa saya. Mujur kerinduan dapat diselesaikan dengan sidang video.

30 Januari: Hari ini ketika pemeriksaan pagi oleh nurse, demam saya menurun.

Menurut Dr Suren yang melakukan lawatan pagi memberitahu keadaan darah saya ada kuman. Sel darah putih tinggi.

Sekitar jam 9.29 pagi saya pindahkan ke katil 17. Ini kerana demam saya berkurangan.

31 Januari: Hari ini doktor memberitahu mereka perlu habiskan antibiotik untuk dua hari lagi. Saya mungkin discas hari Khamis.

Syukur hari ini ramai pelawat ziarah saya. Pagi Dato Othman dan Haji Zul. Tengahari Ikhwan dan Khidir. Kemudian Datin Norizan bersama Anne, Juli, Fairuz, Miza, En Radzuan. Terhibur sedikit dengan kehadiran mereka. Seperti biasa isteri dan along datang.

1 Februari: Alhamdulillah hari ini doktor membenarkan saya keluar wad. Pemantauan dengan menyuntik antibiotik berakhir. Seksa juga kesan antibiotiknya. Perut terasa senak. Doktor menyuruh saya minum air banyak.

Insyaallah catatan pengalaman masuk wad dengan pembedahan buang batu karang tamat untuk setakat ini. Ini kali ketujuh saya masuk wad. Saya berhenti menulis catatan ini.

Pesan saya kepada diri sendiri dan anda, bersabarlah ketika sakit. Ini ujian untuk kita. Terima kasih kepada petugas wad 5D. Bilik bedah HCTM. Anda yang sudi ziarah saya. Keluarga yang sabar dengan dugaan Allah ini. Allah menyayangi kita.


Diantara rakan-rakan yang sempat menziarahi saya. Terim kasih semua









Azmi kawan dari Jabatan Penerangan Malaysia

Lembaga Pengarah UNIKEB



Presiden Alumni IKBS















Pegawai PKK

Pengarah PKK (kanan sekali) dan rakan sepejabat

Dua rakan satu taman perumahan







































Sila klik dan baca tip penjagaan Buah Pinggang

Sebahagian Jururawat Wad 5D HCTM

Tanggal 3 Februari 2017 | 10.00 malam.

Jumaat, 20 Januari 2017

Masuk Wad 5D Kali Keenam

 19 Januari 2017: Saya datang untuk memperolehi keputusan urin. Doktor tahan saya di wad kerana urin saya terdapat kuman. Sehingga malam tiada rawatan dilakukan kecuali mengambil darah.

20 Januari 2017: Sekitar jam 1.30 pesakit di katil 26 berbangsa India telah meninggal dunia. Rupanya malaikat maut bertamu di wad 5D......

Jam 8.45 pagi: Doktor pakar melawat. Mereka belum membuat keputusan kerana keadaan saya dikatakan sukar dibuat keputusan kerana keadaan buah pinggang saya. Jika diberi antibiotik memungkinkan berlaku kerosakkan lebih teruk kepada buah pinggang. Masih menunggu keputusan doktor pakar kuman.

Jam 2.00 petang: Ketika pulang dari bersolat Jumaat di Sarau HCTM doktor bahagian kuman memberitahu saya bahawa kuman saya telah menghuni dalam saluran urin sejak bulan Julai 2016. Doktor masih belum membuat keputusan untuk memberi antibiotik.  Jika diberi saya akan menghadapi kesukaran jika sakit di masa lain kerana antibiotik ini kuat.

Jam 4.00 petang: Ketika Ustaz Khairil Khuzairi Pegawai Agama Islam HCTM telah datang melawat. Ketika itu doktor memberitahu saya dibenarkan pulang dan diminta datang semula pada 24 Januari untuk meneruskan proses pembedahan pada 26 Januari.


Terima kasih Ustaz Khairil



Ujian di bulan Ramadhan 1438

Pada 25 Mei 2017 ketika bertugas di majlis Hari Keselamatan Usus dan Hati anjuran Fakulti Perubatan UKM, saya telah membuat ujian tahap kesi...