Selasa, 19 Julai 2016

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz

13 Jul- Jam 10 pagi saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kali ini saya tenang keranalah kali kedua mengalami suasana begini.

Di dalam bilik bedah saya menguasai keadaan sambil mata dapat melihat suasananya. Walaupun pernah melohat bilik bedah sebelum ini namun kali ini saya dibawa masuk kerana hendak dibedah.

Melihat kenderaan ini  masuk ke wad itu menandakan saat
saya akan dibawa ke bilik bedah
Hari ini saya menyambut hari raya kelapan dalam bilik bedah dengan baju bedah. Oleh kerana saya baru habis puasa enam semalam, hari ini saya menyambut raya puasa enam dalam bilik bedah

Kali ini ini ketika saya dibedah hanya isteri dan tiga orang puteri diluar bilik bedah. Jika tahun lepas kakak dan abang ipar serta anak saudara menunggu dengan debaran.


Jam 1 petang saya  selamat menjalani pembedahan sekitar tiga jam. Perancangan doktor pakar untuk membuat dengan menebuk belakang agar dapat mengeluarkan batu karang yang masih berbaki.

Doktor pakar pada awalnya akan membuat pembedahan tebuk belakang seperti tahun lepas. Namun selepas melihat CT Scan doktor membuat keputusan membuat pembedahan dan membawa masuk tiub ke saluran buah pinggang.

Keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan. Tiada
dalam gambar Nur Amirah.


Sejam sebelum saya dibawa ke bilik bedah, doktor Tan datang ke katil saya dan memberitahu setelah berbincang dengan kumpulan pakar, mereka membuat keputusan akan membuat pembedahan dengan kaedah memasuki tiub menerusi saluran urin ke pundi kencing ke saluran buah pinggang.

Haji Khalil sahabat lama ketika sama-sama
bertugas sebelum beliau bersara.


Datuk Prof Ir Dr Othman Karim (tengah)
dan Ustaz Khairil Khuzairi yang sempat ziarah saya.

Y


14 Jul- Saya telah dibenarkan balik ke rumah
15 Jul- Saya demam sebelah pagi. Makan ubat reda. Dalam 5 jam tu terasa balik. Menggigil
16 Jul- Saya masih demam cuba bertahan dengan ubat. Tapi gagal.
17 Jul-  Setelah bertahan hingga hari Ahad saya tewas. Pergi ke Jabatan Kecematan HCTM-PPUKM. Selepas pemeriksaan rapi oleh doktor bermula jam 4 petang, jam 10 malam saya diminta masuk ke wad 5D di katil 22 untuk rawatan susulan. Minggu lepas pada 11 hingga 14 Julai di katil 17.
Sepanjang malam saya dipantau rapi oleh doktor dan jururawat sehingga pagi.
18 Jul- Masih di wad dengan pemantauan pasukan perubatan. Kesan surgery masih terasa.
19 Jul- Deman semakin reda. Tiub air pada tangan dicabut hari ini.
20 Jul- Tiub pada saluran urin dikeluarkan hari ini.
21 Jul- Doktor pakar berkata saya akan balik esok.
22 Jul- Ketika lawatan pasukan Dr Preven membuat keputusan ubat antibiotik perlu dihabiskan dan saya akan keluar wad esok.
23 Jul- Saya keluar dari wad 5D sekitar jam 12.30 tengahari.

Syukur Alhamdulillah.


Selasa, 12 Julai 2016

Siapa bersama kita ketika menderita sakit?

12 Julai: Doktor pakar memberitahu saya bahawa proses pembedahan saya menggunakan kaedah menebuk pada buang pinggang dan memasukkan tiub menerusi saluran urin. Saya termenung mengenangkan prosesnya telah berubah. Namun apa yang boleh saya elak, kerana borang akur untuk dibedah telah ditandatangan!

Sumber gambar
Oleh kerana tiga bulan lepas saya agak tenang kerana memikirkan proses pembedahannya sama dengan tahun lepas tetapi selepas mendapat pandangan doktor saya mula diserang cemas. Maklumlah kata doktor kesannya 1-3% menyebabkan komplikasi luka dan terjadi putus maka saya jadi tidak tenteram. 

Menjelang 13 Julai 2016 saya membawa diri untuk bertenang. Ketenangan dicari dengan mendekati Allah. Siapa lagi yang wajib kita cari ketika ini kecuali yang Maha Esa. Doktor hanya menjalankan tanggungjawab untuk merawat. Natijah pada kesembuhan hanyalah Allah. Sebagai orang Islam ini wajib menjadi pegangan kita!

13 Julai seawal jam 4 pagi saya telah bangun menunaikan solat Tahajut, Taubat, Hajat dan Witir. Inilah kekuatan kita jika ingin mencari penyembuhan yang hakiki. Kepada kita yang mengharapkan penyembuhan dalam mengukuhkan iman maka mengadaplah Allah.

Kepada anda yang pernah mengalami peristiwa seperti ini akan tahu perasaan saya. Saya harus menenangkan fikiran kerana pembedahan tahun lepas mengambil masa enam jam. Kata doktor pembedahan kali ini selama 3 jam sahaja. Menyerahkan jasad kepada kumpulan pakar perubatan dan menyerahkan roh kepada Allah adalah satu kejadian yang mendebarkan.

Di luar wad 5D isteri dan tiga orang puteri menunggu dengan debaran. Mereka sampai seawal jam 8 pagi. 

Dr Tan datang ke katil saya. Beliau kelihatan sudah bersedia kerana Dr Tan telah memakai pakaian seragam doktor. 

"Saya sudah berbincang dengan doktor lain selepas tengok CT Scan. Kami akan menggunakan kaedah memasukkan tiub ke saluran urin menerusi pundi kencing untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang. " kata Dr Tan.

Proses pembedahan bermula ketika saya dibawa ke bilik bedah jam 10 pagi. Jam 1 petang saya dibawa balik ke katil 17 dan kesakitan terasa ketika itu. Petang ketika doktor membuat lawatan saya diberitahu tiub tidak dapat masuk ke buah pingggang.

Petang itu doktor mengarahkan nurse mengeluarkan tiub pada saluran kencing. Kepedihan terasa sangat. Namun terpaksa dilalui.

Ketika saya dibenarkan pulang pada 14 Jul kesihatan ditahap memuaskan. Sebaliknya pada 15 hingga 17 Julai saya mengalami demam berulangkali. Jika saya makan ubat demam kembali pulih namun selepasa lima jam saya kembali demam. Pada petang Ahad 17 Julai saya dibawa ke Jabatan Kecemasan HCTM~PPUKM. Setelah beberapa pemeriksaan rapi saya dihantar masuk ke Wad 5D pada jam 10 malam.

http://truthhalal.my/hukum-pembedahan-batin-dalam-islam/

http://muis.org.my/2010/03/pembedahan-batin/

Isnin, 11 Julai 2016

Hari ini 6 Syawal.
Saya mendaftar untuk ke wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCTM). Kemudian saya masuk wad 5D bersama isteri dan puteri sulung Nur Atiqah. Selepas diambil berat badan dan darah saya diminta mengambil katil 17.

Inilah kali kedua saya menjadi penghuni wad 5D. Masyaallah katil 17 bersamaa tarikh lahir 17 April 1958. Kali pertama saya tinggal di sini pada 17 Jun 2015,  30 Syaaban 1436. Semuanya ada angka 17.

Jururawat membuat semakan tahap kesihatan saya. Kemudian saya dibuat ujian jantung (ECG). Kata Jururawat jantung saya baik.

Selang tak lama, sahabat saya Sharif seorang Ketua Pengawal Keselamatan di PPUKM datang menziarahi saya. Ketika waktu lawatan En Saipul, Pengurus di pejabat saya datang melawat bersama isterinya.

Tak lama lepas itu tangan dicucuk jarum oleh doktor. Ia bertujuan untuk memudahkan mengambil darah dan memasukkan tiub air.

Wad lengang. Kata seorang staff di situ ramai pesakit menangguhkan masuk wad kerana masih hari raya.

Sepasukan doktor bersama  pakarnya  bernama Dr Tan datang ke katil dan menerangkan komplikasi pembedahan. Kesan 10-20 kepada beberapa organ serta pendarahan.

Malamnya saya berbuka puasa enam Syawal untuk hari kelima bersama isteri dan Atiqah. Syukur Allah memberi kekuatan.



Ujian di bulan Ramadhan 1438

Pada 25 Mei 2017 ketika bertugas di majlis Hari Keselamatan Usus dan Hati anjuran Fakulti Perubatan UKM, saya telah membuat ujian tahap kesi...