Ilmu Allah.

Ilmu Allah cukup luas dan hebat. Apa yang kita dapat dariNya setitis bagaikan titisan air laut. Maha Kaya Allah Yang menghidupkan kita dan mematikan kita.

Syukur saya telah menerima satu ujian Allah walaupun kecil. Tapi pakar bedah menikdurkan saya sekitar enam jam cukup menginsafkan. Syukur saya di 'hidupkan' selepas enam jam dibius.

Terima kasih kepada pasukan bilik bedah HCTM yang berjaya melakukan pembedahan ini. Tahniah Hospital Canselor Tuanku Mukhriz

Ahad, 28 Ogos 2016

Gambar Kedudukan Batu Karang

Sebelum pembedahan pada 18 Jun 2015

Selepas pembedahan pada 18 Jun 2015

Selepas pembedahan pada 13 Julai 2016

Khamis, 25 Ogos 2016

25 Ogos 2016

Semalam sepatutnya saya dibedah. Oleh kerana ada jangkitan kuman pada air kencing maka doktor pakar menangguhkan sehingga suatu masa yang akan ditetapkan pada 30 September nanti.

Hari ini saya pergi semula ke Wad 5D untuk mengambil temujanji untuk membuat CTScan. Disamping itu saya juga membeli gambar CTScan yang telah dibuat sebelum ini.

Bila saya lihat semula Masyaallah rupanya Batu Karang saya telah kecil. Mungkin Allah telah memberi mujarab pada ubat yang makan ia itu Ural. Syukur Alhamdulillah.

2015


2016





Selasa, 23 Ogos 2016

Allah yang menentukan

Seawal jam 8 pagi saya telah mendaftar untuk Wad 5D. Di Wad 5D saya diletakkan di katil no 18.  Selepas menukar pakaian pesakit, saya dibawa ke bilik X-Ray. Sekembali ke wad, ujian ECG dilakukan dan jantung saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Seperti biasa ujian urin, darah akan dilakukan untuk memastikan saya berada dalam mood sihat dan selamat.


Katil no. 18
Selepas jam 2 petang doktor di wad memberitahu bahawa urin saya ada jangkitan kuman dan beliau tidak pasti samada doktor pakar mahu meneruskan atau tidak pembedahan esoknya (24 Ogos).

Sekitar jam 3 petang kumpulan doktor pakar memberitahu saya hal yang sama. Katanya jika dibuat pembedahan akan mengalami resiko selepas itu. Oleh itu mereka mengambil keputusan menangguhkan pembedahan. Atibiotik akan dibekalkan kepada saya untuk jangka masa dua atau empat hari.

Pada masa yang sama doktor bius telah bertemu saya. Beliau memberitahu bahawa giliran saya ialah yang kedua. Oleh kerana pembedahan ditangguhkan maka borang akuan bius tidak jadi saya tandatangan.

Sekitar jam 8 malam saya meninggalkan wad 5D dan meninggalkan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz selepas bersolat di surau.

Insyaallah selepas 30 September 2016 saya tahu tarikh baru untuk pembedahan ketiga.


Isnin, 1 Ogos 2016

Hidup mesti diteruskan

Saya akan memasuki dewan bedah kali ketiga pada 24 Ogos ini. Trauma tetap ada kerana merasai kesakitan yang sukar digambarkan. Namun jika ada ketentuan Allah saya memohon maaf andainya terdapat sebarang kesalahan saya.

Selasa, 19 Julai 2016

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz

13 Jul- Jam 10 pagi saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kali ini saya tenang keranalah kali kedua mengalami suasana begini.

Di dalam bilik bedah saya menguasai keadaan sambil mata dapat melihat suasananya. Walaupun pernah melohat bilik bedah sebelum ini namun kali ini saya dibawa masuk kerana hendak dibedah.

Melihat kenderaan ini  masuk ke wad itu menandakan saat
saya akan dibawa ke bilik bedah
Hari ini saya menyambut hari raya kelapan dalam bilik bedah dengan baju bedah. Oleh kerana saya baru habis puasa enam semalam, hari ini saya menyambut raya puasa enam dalam bilik bedah

Kali ini ini ketika saya dibedah hanya isteri dan tiga orang puteri diluar bilik bedah. Jika tahun lepas kakak dan abang ipar serta anak saudara menunggu dengan debaran.


Jam 1 petang saya  selamat menjalani pembedahan sekitar tiga jam. Perancangan doktor pakar untuk membuat dengan menebuk belakang agar dapat mengeluarkan batu karang yang masih berbaki.

Doktor pakar pada awalnya akan membuat pembedahan tebuk belakang seperti tahun lepas. Namun selepas melihat CT Scan doktor membuat keputusan membuat pembedahan dan membawa masuk tiub ke saluran buah pinggang.

Keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan. Tiada
dalam gambar Nur Amirah.


Sejam sebelum saya dibawa ke bilik bedah, doktor Tan datang ke katil saya dan memberitahu setelah berbincang dengan kumpulan pakar, mereka membuat keputusan akan membuat pembedahan dengan kaedah memasuki tiub menerusi saluran urin ke pundi kencing ke saluran buah pinggang.

Haji Khalil sahabat lama ketika sama-sama
bertugas sebelum beliau bersara.


Datuk Prof Ir Dr Othman Karim (tengah)
dan Ustaz Khairil Khuzairi yang sempat ziarah saya.

Y


14 Jul- Saya telah dibenarkan balik ke rumah
15 Jul- Saya demam sebelah pagi. Makan ubat reda. Dalam 5 jam tu terasa balik. Menggigil
16 Jul- Saya masih demam cuba bertahan dengan ubat. Tapi gagal.
17 Jul-  Setelah bertahan hingga hari Ahad saya tewas. Pergi ke Jabatan Kecematan HCTM-PPUKM. Selepas pemeriksaan rapi oleh doktor bermula jam 4 petang, jam 10 malam saya diminta masuk ke wad 5D di katil 22 untuk rawatan susulan. Minggu lepas pada 11 hingga 14 Julai di katil 17.
Sepanjang malam saya dipantau rapi oleh doktor dan jururawat sehingga pagi.
18 Jul- Masih di wad dengan pemantauan pasukan perubatan. Kesan surgery masih terasa.
19 Jul- Deman semakin reda. Tiub air pada tangan dicabut hari ini.
20 Jul- Tiub pada saluran urin dikeluarkan hari ini.
21 Jul- Doktor pakar berkata saya akan balik esok.
22 Jul- Ketika lawatan pasukan Dr Preven membuat keputusan ubat antibiotik perlu dihabiskan dan saya akan keluar wad esok.
23 Jul- Saya keluar dari wad 5D sekitar jam 12.30 tengahari.

Syukur Alhamdulillah.


Isnin, 11 Julai 2016

Hari ini 6 Syawal.
Saya mendaftar untuk ke wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCTM). Kemudian saya masuk wad 5D bersama isteri dan puteri sulung Nur Atiqah. Selepas diambil berat badan dan darah saya diminta mengambil katil 17.

Inilah kali kedua saya menjadi penghuni wad 5D. Masyaallah katil 17 bersamaa tarikh lahir 17 April 1958. Kali pertama saya tinggal di sini pada 17 Jun 2015,  30 Syaaban 1436. Semuanya ada angka 17.

Jururawat membuat semakan tahap kesihatan saya. Kemudian saya dibuat ujian jantung (ECG). Kata Jururawat jantung saya baik.

Selang tak lama, sahabat saya Sharif seorang Ketua Pengawal Keselamatan di PPUKM datang menziarahi saya. Ketika waktu lawatan En Saipul, Pengurus di pejabat saya datang melawat bersama isterinya.

Tak lama lepas itu tangan dicucuk jarum oleh doktor. Ia bertujuan untuk memudahkan mengambil darah dan memasukkan tiub air.

Wad lengang. Kata seorang staff di situ ramai pesakit menangguhkan masuk wad kerana masih hari raya.

Sepasukan doktor bersama  pakarnya  bernama Dr Tan datang ke katil dan menerangkan komplikasi pembedahan. Kesan 10-20 kepada beberapa organ serta pendarahan.

Malamnya saya berbuka puasa enam Syawal untuk hari kelima bersama isteri dan Atiqah. Syukur Allah memberi kekuatan.



Isnin, 11 April 2016

11 April 2016

Saya masuk bilik 1 Klinik Surgery HCTM (PPUKM). Doktor bertanya mahu dibedah atau tidak untuk kali kedua. Saya termenung sebentar.

"Pada pandangan doktor bagaimana?", tanya saya.
"Terpulang pada Encik. Tapi untuk menyelamatkan buah pinggang adalah elok dibedah.", tegas doktor.
"Ok doktor saya setuju dibedah!" jawab saya dengan penuh yakin.

Doktor kata nak bedah bulan Jun. Tapi saya minta tanggung selepas Aidilfitri dengan hasrat untuk menyambut Ramadan. Kerana Ramadan tahun lepas saya tidak berpuasa selama 21 hari....Doktor memberi dua tarikh. 13 Julai atau 20 Julai. Tapi saya memilik 13 Julai, Akan masuk wad 5D untuk kali kedua ketika umat Islam masih menyambut raya Aidilfitri.

Biarlah kemeriahan untuk itu bukan milik saya. Saya bekurban diri ini untuk menyehatkan badan demi meneruskan perkhidmatan kepada orang lain selepas itu.

Insyaallah jika tiada aral melintang saya dan keluarga ke Tanah Suci Mekah pada 30 Mei-10 Jun 2016. Semoga di depan Kaabah saya boleh memohon doa keselamatan diri ini...amin.